Laksa Johor merupakan antara makanan tradisi dan makanan yang sangat popular di Johor. Bukan sahaja orang Johor yang selalu buat dan suka makan laksa ini malah rakyat negeri lain juga amat menyukainya. Tambahan pula sejak kebelakangan ini ada warganet yang bergaduh mengenai bahan-bahan yang digunakan dalam masakan laksa Johor ini.
Bagi kami tak mengapa bahan lari sedikit pun. Asalkan rasanya sedap dan menjadi. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri di rumah dengan menggunakan resepi yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman facebook ini.
Cara Buat Laksa Johor Yang Mudah
Bahan-bahan :
- 1 paket spaghetti – makan 10 orang
- 1 kg ikan sardin/selayang
- 3/4 cawan rempah kari ikan Babas
- 1/2 cawan cili kering yang dikisar
- 3/4 cawan udang kering ( cuci bersoh, kering dan kisar)
- 2 cawan santan pekat
- 3 cawan air
- 1/2 cawan minyak masak
- 1 sdb kerisik
- Garam
- Serbuk perasa
- Bahan-bahan hiasan ( daun salad, timun dan lain-lain)
Bahan kisar :
- 5 batang serai
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 5 biji bawang besar
Cara Penyediaan :
- Ikan dibersihkan kemudian kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Simpan air kukus.
- Kisar ikan yang telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi dan ketepikan.
- Panaskan periuk, masukkan 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau.
- Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit.
- Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
- Kemudian masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Apabila dah terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar dan kacau rata.
- Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Apabila dah mendidih masukkan udang kering dan kerisik.
- Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Kredit : Aezween Rainoe Via MAHN
Baca juga : 4 Resepi Laksa Mengikut Negeri, Semua Laksa Ini Sangat Sedap Dan Mudah Untuk Di Sediakan