Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Netizen Dakwa ‘Standard’ Laksa Johor Lebih Tinggi, Tak Sangka Sampai Jadi ‘Perang’

Netizen Dakwa ‘Standard’ Laksa Johor Lebih Tinggi, Tak Sangka Sampai Jadi ‘Perang’

Kategori:

Jika anda kerap melayari media sosial sejak beberapa hari ini, pastinya anda tahu isu laksa yang sedang hangat dan kecoh ketika ini.

Difahamkan, semuanya bermula apabila terdapat seorang pengguna Facebook berkongsi cara-cara memasak laksa Johor menggunakan ikan sardin. Perkongsian tersebut telah mendapat maklum balas yang positif sehinggalah muncul satu komen yang telah menjadi perhatian netizen.

Komen wanita itu yang mengatakan laksa Johor sepatutnya menggunakan ikan parang atau ikan tenggiri dan bukannya ikan kembung atau selayang kerana diibarat ‘menjatuhkan’ standard orang Johor.

Tak cukup dengan itu, dia juga menyatakan jika menggunakan ikan kembung atau selayang merupakan standard orang utara atau pantai timur sekaligus membuatkan para netizen kurang senang.

Ramai netizen yang kurang senang dengan komen yang diberi. Terdapat juga warga Johor yang kurang senang dengan komen yang ditinggalkan oleh wanita berkenaan.

tags: