Umum mengetahui bahawa Laksa Johor ini merupakan makanan tradisi negeri Selatan iaitu Johor. Sebut sahaja Laksa Johor pasti ramai yang sudah terbayang kuahnya yang berwarna agak kemerahan dan kebiasaanya ia dimakan dengan tangan.
Laksa Johor ini memang hidangan yang agak aneh ya. Memang kelihatan ketara perbezaan antara laksa negeri ini dengan negeri lain. Hal tersebut adalah kerana negeri ini menggunakan spaghetti yang mana jauh berbeza dengan negeri lain. Negeri lain kebanyakannya akan menggunakan mee laksa.
Menurut beberapa sumber, Laksa Johor ini muncul selepas Almarhum Sultan Abu Bakar melawat Itali dan memperkenalkannya kepada kerabat Kesultanan Johor. Rasa keaslian Laksa Johor yang unik itu akan berlainan sekiranya ia diganti dengan mee kuning atau jenis mee yang lain.
Manakala anak jati negeri Johor, Kamarul Ariffin Nor Sadan turut mendedahkan 10 fakta menarik mengenai Laksa Johor yang mana telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan warganet saat ini.
1. Dikhabarkan dicipta oleh tukang masak istana Johor mengikut citarasa Sultan.
2. Gunakan bahan mentah yang mahal seperti ikan parang, udang, dan tulang kurau masin.
3. Kelihatan seperti Laksa Kelantan tetapi lebih merah kerana mengandungi rempah kari.
4. Tak gunakan laksa berasaskan beras, sebaliknya gunakan mi spageti (Itali).
5. Spageti yang telah direbus, akan bahagi menjadi sukatan kecil dipanggil “cap”.
6. Timun dipotong dengan teknik katsuramuki (Jepun) menjadi gulungan panjang.
7. Dihidangkan di dalam pinggan, dan bukannya di dalam mangkuk.
8. Dinikmati menggunakan tangan kosong, tanpa gunakan sudu dan garfu.
9. Dipadankan dengan sambal belacan sebagai penaik rasa penambah selera.
10. Sukar didapati di kedai makan. Biasanya dimasak waktu perayaan dan keraian.
Semoga bermanfaat!
Kredit : Kamarul Ariffin Nor Sadan
Baca juga : Resepi Laksa Johor Paling Mudah & Sedap, Tak Mengapa Bahan Lari Sikit Pun. Asal Rasanya Sedap!