Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Goreng Vietnam Yang Mudah

Resepi Ayam Goreng Vietnam Yang Mudah

Kategori:
resepi ayam goreng vietnam

Ayam Goreng Vietnam merupakan antara makanan yang menjadi perhatian orang ramai sejak akhir-akhir ini. Jarang sebenarnya makanan Vietnam boleh jadi viral di Malaysia ini. Melainkan makanan tersebut memang sedap. Jadi tidak dapat dinafikan lagi yang memang Ayam Goreng Vietnam yang viral ini memang sedap.

Nak tahu tahap mana kesedapannya? Jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah dilaman facebook MAHN ini.

Cara Buat Ayam Goreng Vietnam

Bahan-bahan :

  • 1 kilo kepak ayam
  • 1½ cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 6 ulas bawang putih(dicincang)&(digoreng)
  • daun ketumbar (2 sudu besar dicincang)
  • Minyak masak(secukupnya mengoreng ayam)

Bahan Perapan :

  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil(Pes bawang putih@serbuk bawang putih)
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih

Bahan Sos Manis Masin :

  • 3 sudu besar sos ikan
  • 2½ sudu besar gula
  • 2 sudu besar jus limau@lime juice
  • 3 batang cili padi merah(dipotong)

Cara Penyediaan :

  1. Di dalam bekas atau mangkuk yang besar, masukkan ayam dan bahan perapan. Gaul sebati dan perap sekurangnya 30 minit.
  2. Untuk memasask sos manis masin. Sediakan periuk kecil dan masukkan bahan-bahan sos tadi. Panaskan di atas api sehingga gula larut dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak didalam kuali besar. Letakkan chopstick atau kayu lidi di tengah-tengah. Apabila minyak sudah gelembung atau berbuih di permukaan kayu lidi tadi itu maknanya minyak sudah cukup panas.
  4. Sementara itu, sediakan mangkuk besar. Masukkan tepung dan baking powder dan salutkan ayam bersama tepung tadi satu persatu.
  5. Kemudian masukkan ayam tadi ke dalam minyak panas. Goreng selama 15 minit atau sehingga masak.
  6. Kemudian angkat ayam yang digoreng tadi dan biarkan seketika.
  7. Dalam minyak yang panas tadi, masukkan semula ayam dan gorengkan lagi 2 hingga 3 minit. Tujuannya adalah untuk ayam lebih rapuh atau crunchy diluar serta warna lebih keperangan. Angkat dan tapiskan ayam tadi pada tisu.
  8. Akhir sekali sediakan bekas, masukkan ayam yang telah digoreng, bawang putih yang telah digoreng, daun ketumbar yang dihiris dan tuangkan sos manis masin pada ayam.
  9. Gaul rata atau sehingga sebati.
  10. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Kredit : Nurul Ateekah Via MAHN

Baca juga : Wanita Ini Kongsi Resepi Sos Vietnam Roll Sebijik Sama Macam Di Vietnam, Baru Puas Hati!

tags: