Banyak risiko yang perlu ditanggung oleh seorang rider foodpanda atau pun rider lain. Ramai yang telah mengalami kemalangan kerana terkejar-kejar masa untuk menghantar pesanan kepada pelanggan.
Namun lain pula yang berlaku kepada seorang penghantar makanan ini apabila dia memaklumkan kepada pelanggan dengan penuh berhemah untuk memberitahu status halal kedai yang dipesan.
Tapi apa yang dilakukan orang pelanggan ini buat netizen panas hati kerana kelihatan tidak beradap. Sebagai Muslim sudah menjadi kewajipan untuk menegur kerana mungkin pelanggan itu tidak perasan akan status halal sesuatu kedai.
Pelanggan tersebut bertindak melaporkan hal berkenaan kepada pihak foodpanda di laman Twitter. Turut memaparkan perbualannya di antara rider tersebut.
Rata-rata netizen juga tidak bersetuju dengan tindakan pelanggan itu yang dianggap ‘melenting’.
Sumber: Rizal Hakimm