Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Pernah Makan Laksa Thai? Kalau Belum, Jom Buat. Sedap Sangat, Ini Resepi Mudahnya!

Pernah Makan Laksa Thai? Kalau Belum, Jom Buat. Sedap Sangat, Ini Resepi Mudahnya!

Kategori: ,
resepi laksa thai

Sejak kebelakangan ini memang kecoh kan pasal laksa. Memang tidak dinafikan di Malaysia terdapat pelbagai jenis laksa. Rata-rata laksa yang ada itu semuanya sedap-sedap belaka. Malah laksa yang dari negara luar juga sedap dan memang ada rakyat Malaysia yang menyukainya. Laksa tersebut adalah Laksa Thai.

Pernah makan? Kalau belum pernah jom buat sama-sama. Tak payah pening nak guna ikan apa sebab ianya tak menggunakan ikan pun. Hanya menggunakan ayam sahaja.

Resepi Laksa Thai Yang Mudah & Sedap

Bahan-bahan :

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Cili padi
  • Kunyit hidup
  • Belacan
  • Cili boh/cili kering
  • 2 kotak kecil sanan
  • Air | sukat 3 kotak kecil santan
  • Ayam yang dicincang atau dipotong dadu
  • Laksa | guna laksa halus atau bihun

Cara Penyediaann :

  1. Kisar bahan-bahan dalam gambar. 
  2. Tumiskan bahan yang dikisar bersama dengan cili boh sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan ayam dan tumis sekejap.
  4. Masukkan santan dengan air, masukkan asam keping, daun limau purut dan tunggu sehingga mendidih.
  5. Apabila dah mendidih tutup api dan hidangkan. Hidangkan bersama-sama dengan ulam-ulaman.

Selamat Mencuba!

Kredit : Norsyamiza Atikah

Baca juga : Laksa Johor Ini Memang Hidangan Yang Aneh, Ketahui 10 Fakta Menarik Mengenai Laksa Johor Ini!

tags: | |