Siapa suka sangat makan bawang goreng? Makan hidangan apa pun mesti ada bawang goreng sebagai penambah selera. Boleh dikatakan hantu bawang gorenglah. Kalau tiada pasti tidak berselera. Namun apa yang menjadi masalah bagi penggemar bawang goreng adalah apabila mereka membeli bawang yang sudah siap digoreng di kedai kadangkala rasanya sudah lemau dan tidak rangup.
Jadi apa kata buat sendiri je dekat rumah. Sangat mudah dan kalau anda gunakan cara yang dikongsikan oleh Mazita Awang ini pastinya akan membuatkan anda berpuas hati. Sebab lebih rangup, wangi dan apa yang penting adalah boleh simpan lama tau. Buat banyak terus je, lepastu simpan je.
Hiris bawang merah dan campurkan hirisan bawang putih. Pastikan bawang cukup kering jangan basah lepas basuh yew.Dah hiris taburkan tepung gandum dan gaul sekata campuran bawang merah dan putih tadi.Goreng dalam minyak yang banyak dan cukup panas.Angkat semasa warna kekuningan dan tos kan. Bila dah sejuk bolehlah simpan didalam bekas kedap udara.
Kredit : Mazita Awang Via MAHN
Baca juga : Begini Cara Buat Kacang Garing Goreng Bawang Putih, Memang Tak Jemu Mengunyah