Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Sebab Kenapa Ayam Berbau Najis & Hanyir, Rupanya Tak Buang ‘Kantung Bulat’!

Ini Sebab Kenapa Ayam Berbau Najis & Hanyir, Rupanya Tak Buang ‘Kantung Bulat’!

Kategori: ,
ayam berbau najis

Mungkin ramai yang sudah tahu dan ada jugak yang belum tahu cara nak bersihkan ayam supaya tidak berbau najis dan hanyir.

Rupanya ada bahagian yang mungkin ada ibu-ibu tidak perasan ianya perlu dibuang. Jika tidak dibuang, ayam yang dimasak akan berbau hanyir.

Jom baca perkongsian oleh Puan Nurulasyikin Jamaludin di bawah.

Buang ‘bahagian’ ini untuk elak ayam berbau najis & hanyir

Ada sikit perkongsian tips pembersihan ayam supaya tak berbau najis & hanyir (bau reban), sebelum ini sy dah share kt wall sy. Hari ni baru nak tepek kt wall sini pulak, maklumla lama nak menaip nih.

Okla.. kalau nak elakkan ayam bau najis, sila buang kantung bulat yang saya bulatkan tu, kantung tu orang cakap kelenjar tapi memang berbau najis. Kebanyakan kantung tu berbentuk separuh bulat sebab dah trpecah masa ayam diproses.

Jadi kene perhati betul2 sebab warna kantung tu macam warna daging ayam, kedudukannya betul2 kat bawah buli ayam tu.. buang jangan tak buang gaissss. Cepit sikit dengan pisau, pastu tolak jer.

Kantoi kat kedai makan saya terjumpa mende ni kat ayam goreng depa, patutla bau semacam. tobat tak pegi dah. buang juga bahgian2 yang geleber2 bawah thigh tu & juga bhgian2 yang anda tak suka juga yang part kotor (paru2 dia paling kuat bau).

Last skali , cuci ayam pakai air yang dicampur tepung gandum (tepung lain boleh jugak, tapi tepung gandum paling berkesan).

Letak sesudu pun dah ok, gaul2 & bilas, anda boleh try bau sendiri beza dia sebelum & selepas, kemudian baru boleh masak apa2 je yg anda suka yea, gerenti selera sebab dah tak hanyir.

Semoga perkongsian ni berguna untuk anda semua terutama pada yang belum tau tu yea ,selamat memasak smua. Assalamualaikum.

Kredit: Nurulasyikin Jamaludin

Baca Juga: Kalau Kentang Dah Macam Ni, Kena Terus Buang! Bahaya Untuk Ibu Hamil & Anak Kecil

tags: