Peminat drama Korea kalau nak feeling-feeling makan makanan macam drama mereka boleh cuba resipi ‘kek ayam’ yang mudah dan sedap ini!
Seorang wanita di Facebook berkongsikan resipi ‘kek ayam’ ala-ala makanan Korea. Boleh cicah dengan sambal kicap pedas atau sos cili. Jom lihat resipi di bawah.
Resipi ‘Kek Ayam’ Ala Makanan Korea
Bahan-bahan:
-
Isi ayam kisar
-
Daun sup cincang
-
Bawang putih dlm sebiji je
-
Bawang holland dadu
-
Cili padi (optional)
-
Lada sulah
-
Lada hitam
-
Garam
-
Cukup rasa sikit (optional)
-
Telur sebiji
-
Tepung goreng bestari/ gandum 1 sudu mkn
-
Carrot dadu halus
Cara-cara:
- Satukan semua bahan. Gaul rata.
- Masukkan dalam aluminium foil.
- Bakar dalam air fryer pada suhu 180 celcius selama 15 hingga 20 minit mengikut ketebalan.
- Potong kemas-kemas. Boleh dimakan terus.
- Boleh juga dicelup telur dan goreng.
Kredit: Addarosa Rose Garde