Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Potong Kecil-Kecil Lagi Sedap”, Ini Dia Cara Mudah Masak Kicap Hati Ayam. Memang Padu Teruk!

“Potong Kecil-Kecil Lagi Sedap”, Ini Dia Cara Mudah Masak Kicap Hati Ayam. Memang Padu Teruk!

Kategori:
hati ayam

Tahukah anda bahawa hati ayam ini penuh dengan zat besi dan kaya dengan pelbagai mineral tetapi mempunyai kolestral yang tinggi. Tak ramai yang menggemarinya, mungkin kerana rasanya yang agak pelik dan sedikit hanyir. Tetapi kalau anda ikut cara yang dikongsikan oleh Victoria Van Bennekum ini pasti hilang rasa hanyir tersebut.

Lebih-lebih lagi kalau anda masak manis dan pedas sedikit, pasti lebih sedap dan rasa tak hanyir. Orang yang tak makan hati ayam, kalau buat macam ni pasti makan punya. Jom kita cuba masak hati ayam yang mudah ini.

Resepi Kicap Hati Ayam Ala Victoria

Bahan-bahan :

  • 300 gm hati ayam
  • 1 bawang besar (Holland) – dipotong halus
  • 3 ulas bawang putih -.dicincang
  • 2 cm halia – dicincang
  • 2 chili merah – dicincang
  • 2 batang daun bawang – dihiris
  • 1½ sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk cili
  • 2 SB kicap manis
  • 1 SB sos tiram
  • Minyak

Cara Penyediaan :

  1. Bersihkan hati ayam, buang hempedu yang warna hijau dan rebus dengan sedikit garam. Buang air rebusan dan biarkan hati sejuk seketika dan baru potong kecil-kecil. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang, halia, bawang putih dan cili merah.  Goreng hingga garing sikit.
  3. Masukkan hati ayam yang dah direbus, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk cili,  gaul rata dan masak hingga hingga garing sikit.
  4. Sekarang masukkan kicap,  manis, sos tiram dan daun bawang.  Kacau rata sampai rasanya sebati.
  5. Rasa sikit kalau cukup perasa dan tambah apa yang kurang mengikut selera masing-masing.
  6. Siap untuk dimakan dengan nasi putih. Makan dengan roti pun boleh juga.

Petua : Sesiapa yang boleh makan pedas, boleh gunakan chili api, tak payah guna chili merah dan serbuk cili.

Selamat mencuba!

Kredit : Victoria Van Bennekum Via MATJHN

Baca juga : Ini Dia Cara Ringkas Tapi Sedap Sambal Kicap Pedas Hati Dan Pedal Ayam

tags: | |