Seorang isteri pasti akan melakukan apa sahaja untuk memikat hati suami, lagi-lagi pada awal perkahwinan. Antara perkara yang sering dilakukan adalah rajin memasak makanan kesukaan suami.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita ini, dia memuat naik gambar hasil air tangannya selepas 3 hari menjadi isteri orang. Di dalam gambar tersebut kelihatan beberapa jenis masakan yang boleh dikatakan ‘lulus’ sebagai seorang isteri.
Tapi apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila muncul komen yang menunjukkan ‘realiti’ selepas beberapa tahun menjadi isteri orang. Komen itu berjaya mencuit hati warganet yang memahami hakikat selepas bertahun-tahun berkahwin lagi-lagi buat mereka yang mempunyai anak.
Bukan itu sahaja, ramai juga yang mendakwa sudah kering idea dan jemu untuk memasak. Akhirnya, memesan makanan menggunakan aplikasi penghantaran adalah pilihan yang terbaik.
Ada juga yang bergurau seolah-olah sudah giveup memasak makanan yang enak buat suami sehingga suami sanggup menelan apa sahaja yang dimasak oleh isteri.
Tidak cukup dengan itu, komen wanita ini juga menarik perhatian kerana dia hanya menggunakan pes segera untuk memasak. Hal ini mungkin lebih mudah tidak perlu menggunakan banyak bahan.
Sumber: Nurul Ashikin