Teringat pula Roti Nan Cheese pernah makan suatu ketika dulu. Buat yang pernah cuba, pasti tahu betapa enak rasanya kan?
Rupanya punyalah senang kalau nak buat sendiri Roti Nan Cheese yang gebu di rumah. Yang penting, mudah disediakan dan boleh difrozekan. Bila nak makan, cuma tinggal panaskan atas kuali sahaja.
Resipi ini hasil perkongsian oleh Puan Maria Nazri Said. Menurutnya, tak sempat nak buat pencicah tapi anak-anak makan sampai licin! Sedap sangat tu. Jom lihat resipi lengkap di bawah.
Resepi Nan cheese. Tak sempat nak buat cicahnya, dah licin anak-anak makan, takpe mama always WFH, tak PKP pun memang itu la keja mama esok buat sambal ikan bilis dulu baru buat roti nya.. anak-anak cakap makan macam tu je pun dah sedap. hmm suka hati mu la nak…
Saya nak share kat sini, nan cheese ni boleh juga difrozenkan, atau kalau tak nak frozen letak kat bahagian sejuk biasa tu pun boleh, bakar je nan cheese macam biasa, dah sejuk, letak dalam bekas dan letak kat fridge, kalau nak makan esok lusa, tapi kalau buat banyak dan nak tahan lama letak dalam freezer. Bila nak makan, ambil dan panaskan dalam microwave atau kuali pun boleh, masih lembut texturenya.
Selamat mencuba. Saya halalkan resipi.
Kredit: Maria Nazri Said