Bagi anda yang menggemari nasi air. Mungkin boleh cuba buat Nasi Air Thai ini. Nasi air dari negara seberang ini memang sedap. Bukan sahaja nasi air malah negara Thailand memang terkenal dengan makanan yang sedap-sedap. Tambahan pula masakan mereka memang sesuai dekat tekak orang Malaysia.
Nak tahu macam mana cara menyediakan Nasi Air Thai ini? Jom kita ikuti perkongsian Ichi Safitri ini. Mudah sahaja caranya.
Resepi Nasi Air Thai Yang Mudah & Sedap!
Bahan Rebus :
- 2 cawan beras (saya basuh, rendam dan simpan dalam peti beku semalaman)
- Air 2liter (boleh tambah jika nampak beras masih keras)
- 2 ulas bawang putih
- Kiub ayam
Bahan kuah :
- 1/2 bahagian ayam (direbus bersama kuah dan carik2 kan isinya)
- 1 Kiub ayam
- 1/2 batang Serai di titik (jgn byk nnti kuat sangat rasa serainya)
- 4 ulas bawang putih(ketuk)
- 1 inci halia(ketuk)
- Air 1 liter
- Garam, gula serbuk cukup rasa
Bahan Hiasan :
- Minyak bawang putih (cincang kemudian goreng dengan sedikit minyak masak dah sejuk simpan ambik sekali minyaknya)
- Bebola ikan (rebus sekejap dengan kuah sup tadi)
- Kangkung (celur dengan air panas je)
- Ikan bilis goreng
- Telur masin
- Chili flakes
- Air lada(blend cili merah besar 3biji campur kan cili api merah bersama cuka tambah kan gula, garam)
Cara Penyediaan :
- Basuh beras dan rendam semalam dalam peti dan rebus bersama-sama dengan bawang putih dan kiub ayam.
- Rebus semua bahan kuah sehingga mendidih atau masak.
- Tuang bubur nasi ke dalam mangkuk tambahkan bahan-bahan hiasan dan tuang sup.
- Siap untuk dimakan.
Selamat Mencuba!
Kredit : Ichi Safitri Via MAHN
Baca juga : Ini Dia Cara Masak Nasi Air Pantai Timur, Sangat Menyelerakan Tak Cukup Semangkuk