Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Lepas Makan Jadi Emas Ke?” Tembikai Premium RM50,000 Sebiji Buat Warganet Tergamam!

“Lepas Makan Jadi Emas Ke?” Tembikai Premium RM50,000 Sebiji Buat Warganet Tergamam!

Kategori:
Hi Syafiqah, here's link to idea caption with list of cooking hacks. https://docs.google.com/document/d/1ct9uBZ8NXHnpAFjZULcx_yRK6V7aF3W0aMVRPo7rhzM/edit Let me know if it anthing need to change & not follow the requirement. Thank you.

Meskipun pandemik belum berakhir, dua tembikai premium di Jepun berjaya dijual dengan harga 2.7 juta yen (kira-kira RM101,637).

Ia adalah 22 kali ganda lebih tinggi berbanding harga paling tinggi bagi buah itu yang direkodkan pada tahun lalu.

Syarikat pengeluar makanan bayi tempatan berjaya membeli tembikai Yubari pertama yang dilelong tahun ini dalam satu acara lelongan.

Presiden syarikat berkenaan memaklumkan beliau berharap pembelian tembikai itu dapat memberi lebih semangat buatnya.

“Walaupun masih banyak berita negatif dipaparkan, saya berharap kisah ini dapat membantu orang tersenyum dan mengatasi wabak Covid-19,” katanya.

Buah-buahan bermusim sering dibeli dengan harga tinggi oleh pembeli di Jepun yang mahu menonjolkan status sosial dan mendapatkan publisiti percuma.

Selain itu, ia digunakan pemilik kedai yang mahu menarik kedatangan pelanggan. Buah itu dianggap simbol status di Jepun – sama seperti wain dalam sesetengah budaya dan dibeli sebagai hadiah.

Dua tahun lalu, dua biji tembikai Yubari mencecah 5 juta yen (kira-kira RM188,207), tetapi harganya menjunam hanya 120,000 yen (RM4,517) tahun lalu.

Golongan petani menyalahkan wabak Covid-19 sebagai penyebab penurunan harga.

Sumber: Harian Metro

tags: