Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Sarang Semut Versi Cup, Nampak Lebih Menarik Dan Yang Pasti Memang Sedap!

Resepi Kek Sarang Semut Versi Cup, Nampak Lebih Menarik Dan Yang Pasti Memang Sedap!

Kategori: ,
cupcake sarang semut

Kek sarang semut merupakan antara kek legend rakyat Malaysia. Tidak banyak dijual dicafe moden atau dipasarkan secara besar-besaran namun masih ada juga yang menjual dan berniaga secara kecil-kecilan. Tapi tulah susah nak jumpa kan. Jadi apa kata kita buat sendiri je.

Kalau sebelum ni kita biasa buat kek sarang semut yang biasa. Apa kata kali ini cuba kek sarang semut versi cup pula. Nampak cantik dan sedap je. Teringin tak? Kalau teringin jom buat sekarang!

Resepi Cupcake Sarang Semut

cupcake sarang semut

Bahan-bahan :

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 1/4 cawan susu pekat
  •  3 sdm butter ( guna marjerin pun boleh) Cairkan dahulu
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kfc soda bikarbornat
  • 4 biji telur gred B
  • 1 penutup esen vanilla

Cara Penyediaan :

  1. Cairkan gula sampai warna keperangan pastikan gula betul-betul cair. Masukan air panas (hati-hati ye sebab merecik takut kena tangan).
  2. Masukan marjerin yang sudah dicairkan tadi, kalau air gula ni berketul jangan risau kacau-kacau je terus sampai semua larut. Tutup api biarkan air gula sejuk, tak payah sejuk sangat sampai nampak lemak marjerin tu.
  3. Blend telur + esen vanilla (sekejap je ye). Masukan susu pekat blend kejap, masukan tepung yang dah dicampur soda bikarbonat.
  4. Kemudian masukan air gula yang dah sejuk. Kacau-kacau dulu guna sudu biar senang mase blender. Kemudian blender la sampai semua sekata, tak lama pun mase blender. Saya perap dalam sejam, lagi lama perap lagi cantik sarangnya.
  5. Masukkan dalam loyang yang dah dioles minyak/marjerin. Bakar suhu 160c mula-mula api bawah dulu 25 minit.
  6. Kemudian api atas bawah 25 minit juga.
  7. Kalau dalam acuan cup cake tu saya terus letak 10 minit tapi dalam 4 minit tu saya letak api bawah dulu dah nampak lubang-lubang terus tukar api atas bawah. Suhu sama juga 160c. Kalau untuk cupcake tu hanya masukkan separuh acuan sahaja ye.
  8. Apabila dah masak bolehlah hidangkan.

cupcake sarang semut cupcake sarang semut

Mudah sahaja kan nak buat Kek Sarang Semut ini? Bukan sahaja mudah malah rasanya juga sangat sedap dan menyelerakan. Anak-anak pasti suka kek sebegini.

Selamat mencuba!

Kredit : Maizatul Nurjannah Via MAHN

Baca juga : “Terima Kasih..” Kek Di Kecam Teruk Oleh Influencer, Fazley Yaakob Tetap Bersangka Baik. 

tags: |