Bawang merupakan bahan utama dalam masakan yang wajib ada di dapur. Tak kiralah bawang besar, bawang kecil atau bawang putih.
Namun begitu, kadangkala bawang-bawang ini cepat berbau, berlendir dan tidak tahan lama. Hal ini mungkin kerana cara penyimpanannya yang salah.
Buat yang belum tahu, jom lihat tips perkongsian cara penyimpanan bawang-bawang untuk kekal tahan lama sampai tak ‘terkira’. Boleh guna cara ini juga untuk menyimpan kunyit dan kentang.
No wonder bawang, kentang di simpan dalam kain jut klu jual kt kedai dalam kuantiti yang banyak.
Saya tai search pun apa kaitannya. Cuma time nak setting tempt bawang ni memang saja nak beli kain ni buat lapik sesaja.
Bawang dan kentang sangatttttt tahan lama bila diletak dengan kain ni. Sama juga kunyit yang kebetulan sesat termasuk dalam ni. Elok tak kecut dah berapa lama tak tau lah..
Mmg jenis jarang masak kalau kerja, so memang boleh perasan bawang dan kentang tak lodo walau dah lama. Kalau tak sebelum ni letak dalam bekas jaring pun still ada yang busuk dan berulat sebab “rajin sangat “masak.
Setahun dah setting cmni. Dan sangat tahan wire basket tu kat situ. Minima, save space.
Nak bagi lekat kuat pelekat tu. Lepas lekat pelekat tu, biarkan selama minimim 72jam atau 3 hari sebelum letak beban. inshaAllah tahan. pelekat ni dapat sekali bila beli wire basket ni. Tak silap harga sy beli rm13.90/pc.
Burlap (kain jut tu) rm6/meter dl. Sekarang tengok shopee rm8/meter.. ok lagi tu..
Link shopee di sini: https://invol.co/cl4cxkt
Kredit: Noraishah Nams