Khidmat penghantaran makanan mendapat sambutan hangat pada saat ini. Memang ramai yang memesan makanan menggunakan aplikasi penghantaran makanan, lagi-lagi ketika lockdown yang sedang dilaksanakan di Malaysia pada saat ini.
Seperti yang semua sudah maklum, tugas seorang penghantar makanan hanya perlu menghantar pesanan kepada pelanggan. Mereka hanya perlu menunggu pesanan pelanggan, ambil di kedai dan hantar ke lokasi pelanggan.
Namun, lain pula apa dengan yang berlaku kepada rider foodpanda ini apabila dia terpaksa mencari sendiri barangan yang dipesan oleh pelanggan di pasar raya.
Menerusi video perkongsian oleh mirul332 di TikTok, difahamkan pasar raya tersebut kekurangan pekerja untuk menyediakan barang yang dipesan oleh pelanggan untuk dihantar oleh rider.
Lihat video penuh di pautan ini.
Oleh sebab itu, rider terpaksa ‘pusing’ satu pasar raya untuk memenuhi pesanan pelanggan sedangkan itu adalah tugas pasar raya yang perlu menyediakannya.
Menurutnya lagi, dia juga mengambil masa selama 1 ke 2 jam untuk menyiapkan satu pesanan. Sepatutnya pada masa itu mereka boleh menyelesaikan 7 pesanan pelanggan lain. Pendapatan mereka bergantung kepada berapa banyak pesanan yang diterima pada hari itu.
Para netizen juga tidak bersetuju dengan perkara yang berlaku itu. Ada juga beberapa orang pekerja di kedai lain memberitahu bahawa memang pekerja pasar raya yang perlu menyediakan barangan tersebut, bukannya rider.
Selepas ini diharapkan semua pasar raya yang menggunakan perkhidmatan menggunakan aplikasi penghantaran makanan perlu lebih peka dan menyediakan pekerja yang cukup.
Sumber: TikTok mirul332