Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Apa Perbezaan Susu Pekat Manis Dengan Krimer Pekat Manis? Yang Manakah Lebih Selamat Untuk Digunakan?

Apa Perbezaan Susu Pekat Manis Dengan Krimer Pekat Manis? Yang Manakah Lebih Selamat Untuk Digunakan?

Kategori: ,
perbezaan susu pekat dengan krimer

Susu Pekat Manis dan Krimer Pekat Manis merupakan dua benda yang kelihatan sama sahaja. Penggunaan juga sama malah rasanya juga lebih kurang sama. Namun disebaliknya tetap juga ada perbezaan. Apakah perbezaan susu-susu ini sebenarnya?

Menurut apa yang dikongsikan oleh Eliza Elly di laman facebook Makmal Makanan antara perbezaannya yang ketara adalah dari segi kandungan bahan-bahannya. Susu Pekat Manis terdiri daripada gula, pepejal susu dan lemak susu. Manakala Krimer Pekat Manis pula terdiri daripada gula, air, minyak kelapa dan tepung susu.

Susu Pekat Manis

Hasil yang diperolehi dengan menyekat daripada susu sebahagian daripada airnya atau dengan mencampur semula konstituen susu dan menambah gula kepada bakinya. Ia mempunyai tidak kurang dari 8% lemak susu, 28% pepej susu & 670 IU vitamin A setiap 100g.

Krimer Manis

Keluaran yang diperolehi dengan menggabungkan lemak atau minyak sayuran dengan gula atau apa-apa bahan pemanis lain, konstituen susu atau makanan lain untuk memaniskan dan memutihkan minuman. Ia boleh mengandungi 10% lemak,  24% pepejal tanpa gula, bahan pewarna, bahan perisa dan kondisioner makanan yang dibenarkan.

Apakah pula persamaan untuk kedua-dua susu ini?

Persamaan antara mereka ini adalah kedua-duanya kurang baik utk kesihatan walaupun susu pekat manis. Mengapa? Anda boleh lihat sendiri kandungannya. Kandungan utamanya adalah gula. Ini bermakna gula adalah bahan kandungan yang paling banyak dalam produk ini. Kalau nak minum susu, semestinya kandungan susu itu yang paling banyak bukan?

Bagi sesiapa yang ada alergik terhadap kandungan laktosa, sebaiknya elakkan daripada menggunakan susu pekat manis ini. Takut asyik ke tandas sahaja.

Pada waktu ketika dahulu, keluaran susu pekat manis ini masih banyak. Kebanyakan dari kita akan menggunakan susu pekat manis ini kan? Tetapi sejak susu pekat manis ini digantikan dengan krimer pekat manis ianya semakin luput di pasaran.

Tin kuning ( susu pekat manis ) memang ada jual di pasaraya tetapi stok tak banyak. Jenama lain pun banyak namun harganya agak mahal. Kalau tak dapat di pasaraya, di shopee pun ada. Kalau anda berminat untuk membeli melalui Shopee, bolehlah ke sini.

Selain itu, jika dilihat pada hari ini, majoriti rakyat Malaysia menggunakan krimer pekat manis sebagai kegunaan harian kan? Tetapi ingin kami nasihatkan produk begini bukanlah pilihan untuk mereka yang menjaga kesihatan. Buatlah pilihan yang bijak supaya kita sentiasa sihat dan dijauhkan daripada penyakit apa pun.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Eliza Elly

Baca juga : Susu Badan Kurang Atau Tak Cukup? Apa Kata Para Ibu Cuba 5 Resepi Sedap & Berkhasiat Ini!

tags: |