Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ibu Ini Kongsi Resipi Donut Comel, Guna 2 Bahan Je Tapi Sedap!

Ibu Ini Kongsi Resipi Donut Comel, Guna 2 Bahan Je Tapi Sedap!

Kategori:
Donut Comel

Kalau anda mencari resipi yang mudah untuk dimasak, resipi donut comel ini sesuai untuk dicuba kerana hanya menggunakan 2 bahan.

Maklumlah, musim PKP ini anak-anak asyik lapar je kan? Sampai pening kepala ibu dibuatnya sebab anak-anak asyik nak makan.

Yang penting, anak-anak pun suka dapat makan hasil air tangan ibu. Jom lihat resipi di bawah hasil perkongsian oleh Elmo Worlds.

Resipi Donut Comel Guna 2 Bahan

Bahan-bahan:

  • Yogurt asli 190g
  • 1 cawan tepung naik sendiri

Cara-cara:

  1. Satukan tepung dan yogurt. Gaul sebati. Adunan ini sedikit lembik.
  2. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Potong hujung (bucu plastik).
  3. Panaskan minyak masak. Tekan adunan dalam piping bag dan gunting mengikut sukatan nak letak ke dalam minyak.
  4. Mula-mula adunan akan tenggelam, tapi biarkan nanti dia akan timbul.
  5. Masak sehingga keperangan, angkat dan toskan.
  6. Gaul dalam gula atau celup dalam coklat. Sedia untuk dimakan.
  7. Selamat mencuba!

Kredit: Elmo Worlds

Baca juga: 10 Resepi Kek Marble Paling Mudah Untuk Dibuat, Memang Gebu & Sedap

tags: |