Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Peniaga Terpaksa Naikkan Harga Makanan Jika Harga Minyak Masak Terus Naik

Peniaga Terpaksa Naikkan Harga Makanan Jika Harga Minyak Masak Terus Naik

Kategori:
naikkan harga makanan

Peniaga sekitar daerah Kuala Kangsar ini tidak mempunyai pilihan selain naikkan harga makanan sekiranya harga minyak masak botol lima kilogram (kg) terus meningkat dan sukar memperoleh minyak paket sekilogram.

Penjaja ayam goreng, Mohamad Azim Ibrahim, 26, berkata, disebabkan itu dia berharap kerajaan mengambil langkah segera termasuk mengkhususkan minyak masak paket hanya untuk kegunaan peniaga.

Katanya, walaupun masih boleh memperoleh bekalan minyak masak paket di kedai runcit, tetapi bekalannya agak terhad dan sukar menampung keperluannya iaitu tujuh kilogram sehari.

“Untuk kurangkan kos, saya kini terpaksa guna minyak masak paket dan dalam keadaan sekarang, sangat wajar jika minyak jenis ini diberi keutamaan untuk peniaga kecil seperti saya,” katanya ketika ditemui. Bagi peniaga ayam gunting, Akhirudin Salleh, 57, peniaga kedai runcit perlu lebih bertanggungjawab dan memainkan peranan ketika menjual minyak masak paket.

“Selain peniaga kecil, minyak masak paket diperlukan golongan B40, jadi peruncit perlu jual untuk mereka juga dan tidak boleh simpan stok.

Dalam pada itu, tinjauan di sebuah pasar raya di sini, mendapati tiada bekalan minyak masak paket sekilogram sebaliknya, rak minyak masak dipenuhi stok jenis botol lima kilogram.

Difahamkan, ketiadaan bekalan minyak masak paket itu sudah berlarutan sejak dua minggu lalu.

tags: |