Siapa yang tidak kenal dengan Cristiano Ronaldo ini, seorang pemain bola sepak yang dikenali di seluruh dunia. Baru-baru ini beliau ada berkongsi rahsia dirinya kekal tampak awet muda dan cergas walaupun sudah berusia 36 tahun.
Rahsia tersebut telah dilaporkan oleh Men’s Health. Menurut laporan berkenaan, rutin harian Cristiano Ronaldo selepas berakhirnya satu-satu perlawanan bola sepak adalah dengan berehat secukupnya. Rutin berkenaan merupakan penyumbang utama kepada kemampuannya bermain seperti di zaman remajanya.
Kata pemain bila sepak Portugal ini, “Saya sudah berusia 36 tahun tapi tahap kecergasan saya masih seperti ketika berusia 20 tahun. Rahsia saya adalah rehat yang cukup selepas setiap perlawanan dan mengambil makanan yang seimbang. “
Dalam masa yang sama Cristiano Ronaldo juga akan pastikan yang dirinya sentiasa mendapatkan tidur yang cukup. Walaupun nampak ringkas tapi ramai yang gagal mendisiplinkan diri melakukannya.
Menurut Agensi pula, beliau biasanya mengamalkan diet makan enam kali sehari dan mengambil dua hidangan makan tengah hari dan dua hidangan makan petang.
Menu makanan kegemaran Cristiano Ronaldo pula adalah berasaskan ikan tuna, haddock dan juga stik ayam. Jumlah pegambilan tenaga yang beliau ambil untuk sehari adalah sekitar 3,200 kalori dengan harga AS$121 (RM500) seminggu.
Baca juga : Tindakan Spontan Ronaldo Undang Kerugian RM16.4 Bilion Untuk Coca-Cola