Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Bubur Sambal Garing Ala Bubur Marrybrown, Buat Sendiri Memang Puas Hati!

Cara Buat Bubur Sambal Garing Ala Bubur Marrybrown, Buat Sendiri Memang Puas Hati!

Kategori:
bubur-marrybrown-6

Siapa suka beli bubur Marrybrown pasti tahu bagaimana rasanya kan? Paling best dalam bubur itu ada diletakkan bersama sambal garing yang pedas.

Makan bersama bubur panas-panas memang nikmat! Sesuai dimakan semasa sarapan pagi ataupun makan tengah hari.

Apa kata jom cuba buat sendiri kat rumah. Buat sambal garing banyak-banyak buat stok dalam peti, nak makan tinggal cedok je. Makan dengan bubur, sup atau nasi panas-panas memang lagi onzz!

Resipi Bubur Sambal Garing Ala Bubur Marrybrown

Bahan-bahan:

  • Segengam cili kering
  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Boleh tambah udang kering segengam**
  • Gula
  • Garam
  • Perasa jika suka

Cara-cara:

  1. Potong nipis bawang. Kemudian goreng garing bawang bersama udang kering. Bila dah siap, tutup api baru masukkan cili kering. (jangan sampai gelap & hangit, nanti pahit).
  2. Kemudian kisar menggunakan pengisar. Masukkan juga garam, gula dan perasa bersama sedikit minyak sebelum dikisar.
  3. Siap!

Kredit: Puan Eha

tags: |