Johor memang agak terkenal dengan makanan yang agak pelik sehingga baru-baru ini ianya sempat menimbulkan pergaduhan oleh warganet di laman sosial. Namun walaupun ia kelihatan pelik rasanya cukup sedap.
Antara menu lain yang tampak pelik adalah pisang goreng yang mana disajikan bersama dengan sambal kicap serta Laksa Johor.
Terbaharu, yang sempat juga diperlekehkan oleh netizen menerusi twitter adalah Donut Sambal. Ya Donut Sambal, ianya adalah Donut yang sering kita makan namun sambalnya bukan sambal kicap atau sambal ikan bilis.
Tetapi walaupun pelik dan diperlekehkan oleh sesetengah individu, namun ramai rakyat Johor dan rakyat negeri lain meminatti makanan yang juga dipanggi Donut Sira ini.
Pelbagai reaksi dari orang ramai berkenaan dengan donut ini bukan? Tidak mengapa, rasanya tetap sedap dan menyelerakan. Dekat tempat lain jarang jumpa, namun ia boleh didapati di Johor tau!
Baca juga: Buat Sambal Selalu Merecik? Guna Teknik Yang Dikongsikan Oleh Ahli Kimia Ini, Baru Tak Kotor Dapur!