Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Demi Wang Badan Jadi Korban”, Lelaki Ini Rela Makan 4 Bungkus Garam Tanpa Memikirkan Kesannya!

“Demi Wang Badan Jadi Korban”, Lelaki Ini Rela Makan 4 Bungkus Garam Tanpa Memikirkan Kesannya!

Kategori:

Zaman sekarang memang wang menjadi keutamaan. Demi wang ada yang sanggup melakukan apa sahaja. Demi meraih populariti sebahagian daripada mereka ini langsung tidak memikirkan keselamatan diri dan kesannya pada masa hadapan. Mereka ini sanggup bergadai nyawa demi sebuah konten atau video.

Seperti mana kisah seorang lelaki Indonesia ini yang pernah tular di aplikasi TikTok baru-baru ini. Video berkenaan menunjukkan seorang influencer Indonesia ini melakukan cabaran yang diberikan oleh salah satu pengikutnya.

Habiskan 4 bungkus garam tanpa campur dengan makanan lain

Lelaki yang dikenali dengan nama Anggun Supriardi ini dicabar untuk menghabiskan 4 bungkus garam tanpa mencampurkan dengan mana-mana makanan lain. Sebagai balasan, pencabar tersebut akan memberikan wang sebanyak 30 juta Rupiah (RM8573) sekiranya Anggun sanggup melakukan cabaran ini.

Dalam video TikTok berkenaan, Anggun membuka 4 bungkus garam dan meletakkan kesemuanya ke atas sebuah pinggan. Kemudian dia pun menyuapnya ke dalam mulut, umpama sedang makan nasi.

Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah apabila Anggun berjaya menghabiskan kesemua 4 bungkus garam tersebut dalam masa yang sangat singkat.

Walau bagaimanapun, video TikTok Anggun ini mengundang kecaman dari netizen yang mana menganggap ianya adalah cabaran ‘makan diri’.

Kredit : TikTok Anggun Supriadi

Baca juga :

tags: