Durian duri hitam atau Black Thorn memiliki tekstur yang lebih halus dan tidak memiliki serat serta lebih berlemak. Jadi tidak hairanlah jika durian Black Thorn ini dijual dengan harga mahal. Bukan durian jenis ini sahaja mahal, malah durian kampung juga mencanak naik harganya.
Terbaharu, heboh di media sosial perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Abdul Ifwad yang mana dia ada berkongsi tentang harga durian Black Thorn ini di Singapura.
Menerusi perkongsiannya itu, harga bagi sebiji durian adalah $20 (RM61.92) manakala 3 biji durian hanyalah berharga $50 (RM154.79)
Sometime just pelik… Kenapa durian kat malaysia mahal nak mati… Kat sini Black thorn just 50sgd kalau convert just…
Posted by Abdul Ifwad on Wednesday, 23 June 2021
Berikutan itu, dirinya turut tertanya-tanya kenapa harga durian di Malaysia mahal sedangkan Singapura bukan pengeluar raja buah seperti Malaysia.
Perkongsian itu juga turut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan harga durian di sana yang jauh lebih murah. Namun ada juga netizen mengatakan harga buah durian bergantung pada permintaan pembeli.
Kredit : Abdul Ifwad
Baca juga : “Saya Jual Isi, Bukan Kulit”, Ini Dia Peniaga Durian Paling Jujur Di Malaysia