Mesin penapis air salah satu perkakas elektrik yang dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutama ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.
Seorang influencer dan youtuber masakan yang terkenal iaitu Che Nom berkongsikan cara untuk jimatkan elektrik buat mereka yang menggunakan mesin penapis air. Jom ikuti perkongsian oleh beliau di bawah.
Untuk jimatkan elektrik kat rumah Che Nom guna timer pada water filter. Digital Timer ni kita pasang pada plug point untuk on dan off water filter mengikut masa tertentu.
Water filter ni terpaksa bekerja sepanjang masa untuk menyejukkan dan memanaskan air dalam simpanan. Dengan adanya timer ni kita boleh off waktu tak pakai, contoh off jam 12 tengah malam dan on 6 pagi, semuanya dilakukan secara automatik.
Boleh juga set contohnya hujung minggu off sedikit lewat, 1 pagi katakan dan on seperti biasa 6 pagi.
Harga dekat Shopee lebih kurang dalam RM 26, dan ada sticker SIRIM approved. Boleh cuba ni untuk turunkan bill elektrik kita yang semakin menggunung ni.
Link shopee di sini: https://invol.co/cl4ozhq
Cara untuk setting Digital Timer Plug: https://youtu.be/FwL1CVnV_BQ
Sumber: Che Nom