Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kantoi Curi 2 Bungkus Roti Demi Anak, ‘Hukuman’ Buat Si Ayah Undang Sebak Netizen

Kantoi Curi 2 Bungkus Roti Demi Anak, ‘Hukuman’ Buat Si Ayah Undang Sebak Netizen

Kategori:
kantoi curi 2 bungkus nasi

Mencuri adalah satu kesalahan yang sepatutnya perlu diambil tindakan, namun mungkin kadang kala kita perlu memandang pada sudut yang lain. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Menyeluruh ini semestinya telah memberi impak kepada sesetengah golongan.

Mungkin ada sebab disebalik tindakannya itu, mungkin pelaku tersebut benar-benar dalam kesusahan. Mungkin itulah yang yang terlintas dalam fikiran seorang pegawai polis dan Timbalan Ketua Balai (AOCS) sebuah balai polis di Penang terhadap seorang ayah yang ‘kantoi’ mencuri.

Pegawai polis itu berkongsikan di laman sosial Facebook apabila dia menerima satu panggilan telefon untuk satu tangkapan kes curi di Tesco yang tidak disebut cawangan mana. Apabila tahu punca sebab disebalik pencurian itu, tak sangka ini yang berlaku kepada pencuri tersebut. Baca perkongsian lengkap oleh pegawai polis ini di bawah.

Aku kerja polis, kerja kat Penang. Tak payah aku mention balai mana.

Masa tengah kerja dapat call, untuk ambil satu tangkapan kes curi di Tesco (Tesco mana tak payah aku mention).

Sampai kat Tesco, masuk guard room tengok ada satu laki melayu duduk atas kerusi. Atas meja depan dia ada 2 bungkus roti Gardenia. Dapat info laki ni curi roti tu. Nilai roti tak sampai RM10. 

3x aku tanya guard tu, “takkan nak tangkap juga? Nilai curi tak sampai RM10?” Guard cakap kena tangkap jugak, arahan pihak atasan Tesco.

So, kami bawa jugak la laki tu naik kereta. Dalam kereta aku tanya kenapa curi? Dia cakap tak ada duit nak beli, curi pun untuk bagi anak dia makan kat rumah. Terkedu aku dengar.

Dia cakap lagi, anak dia dah 2 hari tak makan nasi, dia cuma mampu bagi anak dia makan keropok mamee sahaja. Keropok mamee yang harga 20sen sebungkus tu..

Lepas aku dengar, bergenang air mata. Terbayang anak kat rumah. Sampai kat balai, guard tu dah sampai dulu, sekali dengan roti Gardenia 2 bungkus, barang curi tu. 

Dah depan EO nak buat report. Kebetulan Timbalan Ketua Balai (AOCS) baru sampai. Bila AOCS aku dapat tahu cerita ni, apalagi kena maki guard tu.

Tapi guard tu tak boleh buat apa, dia pun cuma ikut arahan atasan dia kata. AOCS aku suruh call atasan dia datang.

Dalam 20minit datang 1 pompuan melayu, incharge guard Tesco tu. Apa lagi berbakul2 lagi pompuan tu kena maki.

Dah insaf kena maki. Pompuan tu kata kalau nak setel jugak, laki tu kena bayar 10x ganda dari harga barang yang dicuri.

AOCS aku dengar, dia terus bayarkan 10x ganda nilai roti tu. Dah selesai urusan, melutut laki tu menangis terima kasih kat AOCS aku dalam balai.

AOCS aku cakap apa “Sekarang ni Allah bukan uji hang, tapi Allah tengah uji aku sekarang, untuk tengok apa aku boleh buat dengan pangkat yang aku ada untuk bantu sama saudara yang tengah susah”

Laki tu baru kena buang kerja kilang. Bini lari, ada anak laki sorang umur 5 tahun. AOCS aku siap bagi duit poket untuk dia survive 2 beranak.

Selang berapa bulan lepas tu, laki tu datang balik kat balai, cari AOCS aku, dia kata dah dapat kerja baru, dia nak bayarkan balik apa yang AOCS aku tolong dia dulu. Tapi AOCS aku dah pindah ke balai di Nibong Tebal.

Sampai sekarang aku ingat apa yang AOCS aku pesan kat aku.. 

“Kalau nampak orang tengah susah, jangan ingat Allah tengah uji orang tu, sebaliknya Allah tengah uji kita, Allah nak tengok apa yang kita boleh buat untuk tolong orang susah tu”

Salute kat AOCS aku Sarjan Mejar Shahruddin.

Kredit : Mohd Rosli Wahab

tags: