Sebut sahaja aiskrim pasti ramai yang menyukainya. Tidak kira dewasa atau pun kanak-kanak. Memang patut pun ramai yang suka makan aiskrim, sebab rasa dia berlemak dan sejuk memang memuaskan. Lebih-lebih lagi kalau makan aiskrim yogurt. Walaupun simple rasa dia sedap sangat!
Nak menyediakan aiskrim yogurt ini juga cukup mudah. Yang tak pernah masak pun boleh cuba, pasti menjadi.
Cara Buat Aiskrim Yogurt Smoothy
Bahan-bahan :
- 1 sb ovallete
- 2 cawan vivo (non dairy whipping)
- 3 cawan plain yogurt
- 3/4 tin susu pekat
- 1/2 cawan susu segar
Cara Penyediaan :
- Satukan semua bahan kecuali susu pekat dan yogurt.
- Apabila semua dah sebati masukkan susu pekat dan yogurt. Mix sampai gebu dan fluffy.
- Masukkan aiskrim selang seli dengan filling. Ada jual di bakery.
- Kalau nak letak buah, bolehlah letak masa ni.
- Kemudian masukkan dalam peti ais.
- Apabila dah beku, bolehlah makan.
Cara Buat Aiskrim Coklat
Bahan-bahan :
- 1/2 gelas susu pekat
- 1 gelas air suam
- 1 sb ovellate
- 1 biji telur | tak nak letak pun tak apa
- 1 sdk esen vanilla
- 3 sdb serbuk koko | jenama vanhoutten yang sedap
* * Saiz gelas tu ikut saiz gelas standard yang buat minum dirumah ya
Cara Penyediaan :
- Masukkan kesemua bahan-bahan dalam bekas dan mix sampai gebu dan fluffy.
- Masukkan aiskrim selang seli dengan coklat.
- Kalau nak curahkan coklat ganache, boleh curah waktu ini ya.
- Kemudian masukkan dalam peti ais.
- Siap untuk dihidangkan.
Kredit : Juraini Kadir Via MAHN
Baca juga : Wanita Filipina Kongsi Resepi Aiskrim Mangga Cheese, Enak Dimakan Ketika Musim Panas Begini!