Siapa peminat terung sila munculkan diri anda! Hehe. Terung ini sedap dimasak tak kira apa jua jenis masakan pasti digemari oleh peminatnya.
Pelbagai jenis lauk boleh dimasak dengan menggunakan terung antaranya terung berlado, terung masak lemak putih dan sebagainya.
Terung juga boleh dibuat terung goreng crispy! Ramai yang pertama kali dengar kan? Kalau ada yang mahu mencuba, lihat sahaja resipi lengkap di bawah.
Cara Buat Terung Goreng Crispy Yang Sedap Dan Menggiurkan
Bahan-bahan:
-
Terung
-
Garam
-
Tepung bestari
-
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Potong terung seperti dalam gambar. Kemudian taburkan garam halus pada setiap terung dan perap selama 10 minit.
- Selepas perap akan keluar sedikit air. Lap terung menggunakan tisu sehingga kering sedikit.
- Akhir sekali, celupkan terung ke dalam tepung bestari.
- Goreng sehingga garing dan kekuningan di dalam minyak yang panas.
- Selamat mencuba!
Kredit: Zaharah Mazrul