Siapa yang tidak kenal dengan Aleesya. Anak kepada pelakon dan penyanyi Erra Fazira. Terbaharu, Erra ada berkongsi kisah yang melucukan mengenai anak perempuannya yang dikatakan terlupa memasukkan air sewaktu memasak nasi.
Menurut Erra pada awalnya, anak perempuan hasil perkhawinan dengan Engku Emran itu seakan berbangga kononnya dia sudah pandai dan tahu memasak nasi. Jadi Erra pun memberikan tugasan kecil itu kepada Aleesya untuk memasak nasi bagi hidangan makan malam.
Namun lain pula yang terjadi, sewaktu Erra Fazira membuka periuk nasi dan melihat di dalamnya hanyalah beras kering.
Moment ni akan ku kenang sampi bila-bila. Kisahnya dia dok bangga dia dah pandai masak nasi. Mom nya pun dengan penuh rasa bangga masak simple lauk dan dia ditugaskan masak nasi. Sekali bila time nak makan, buka-buka periuk. Dia lupa masuk air daaa. Takkan nak makan beras kering!! Nasib baik ada standby nasi lemak. Alahaiii anakkk, its ok sayang. Don’t give up!! Nanti cuba lagi k.
Dalam satu video yang lain, Aleesya sempat menyatakan bahawa sebenarnya dia ingin memasak nasi tetapi namun dia terlupa untuk memasukkan air.
You don’t have to post on your story ma. Saya nak masak nasi tapi terlupa letak air. Jadi, nasi tu jadi kering sekarang.
View this post on Instagram
Walaupun Aleesya terlupa masukkan air, ibunya tetap memberikan kata-kata semangat buat Aleesya agar dia tidak berputus asa untuk belajar dan mencubanya lagi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat Aleesya. Namun begitu, mereka percaya bahawa Aleesya sebenarnya tahu memasak nasi cuma dia terlupa sahaja.
Sumber : Erra Fazira
Nak beli periuk nasi macam Erra Fazira? Boleh beli dekat link Shopee ini atau yang ini!