Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Baring Atas Troli Mayat..”, Pengalaman Perit Penghidap G6PD Yang Tak Terduga Setelah Telan Panadol!

“Baring Atas Troli Mayat..”, Pengalaman Perit Penghidap G6PD Yang Tak Terduga Setelah Telan Panadol!

Kategori:
penghidap g6pd telan panadol

Pasti ada yang tertanya-tanya, apakah itu G6PD kan? G6PD ini adalah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphere Dehydrogenase yang terdapat di dalam sel darah merah. G6PD ini bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) apabila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan dan jangkitan.

Menurut Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, kebanyakan penghidap G6PD ini adalah lelaki. Kebiasaanya kita sering dengar orang yang menghidap G6PD ini tidak boleh makan kacang parang kan? Namun masih banyak lagi makanan atau ubat-ubatan yang sebaiknya dielakkan kerana ia boleh membawa maut.

Terbaharu, ada seorang warganet yang sempat meninggalkan komen pada satu pos berkenaan kacang parang. Warganet yang dikenali dengan nama Mohd Iza’aya Hasrim sempat berkongsi pengalamannya baring atas troli mayat untuk sejukkan badan kerana dia mengalami pecah darah setelah makan Paractemol jenama panadol.

Malah bukan itu sahaja, Mohd Iza’aya yang sudah berumur 30 an ini bukan sahaja tidak boleh makan kacang parang dan kacang pool namun dia juga tidak boleh bau ubat gegat, ridsect dan begitu juga dengan forgging nyamuk.

Penyakit saya kekal sampai akhir hayat..

Dalam masa yang sama, ramai juga warganet yang turut meninggalkan komen yang berbeza-beza. Ada yang hanya tidak boleh makan kacang parang sahaja. Ada juga yang menceritakan pengalaman anaknya yang terus demam setelah makan kacang parang.

Jadi sememangnya G6PD ini boleh membawa maut sekiranya kita tidak menjaga dan perhatikan dengan betul apa yang boleh dan tidak boleh dimakan atau dibau.

Sumber : Mohd Iza’aya Hasrim  Via Zainoor Aliza Ali post

Baca juga: Mendapat PerKongsian 3.8K Di Facebook, Ini Dia Resepi Kacang Pool Yang Sangat Lazat. Di Makan Bersama Dengan Roti Bakar Memang Terangkat!

tags: |