Ikan merupakan antara lauk kebiasaan yang sering kali kita makan. Ikan memang banyak dijual di Pasaraya atau pun pasar basah. Namun tak ramai yang tahu cara untuk memilih ikan yang segar dan memastikan ikan yang dibeli sentiasa rasa segar dan sedap. Jadi adalah penting untuk anda mengetahui 6 tips ini!
Antara kesalahan yang sering dilakukan sebelum memasak ikan adalah tidak memilih ikan dengan betul. Pastinya lebih baik jika kita membeli ikan dari penjual yang sudah kita kenali dan biasa membeli.
Selain itu, apa yang anda perlu perhatikan sewaktu membeli ikan adalah mata ikan tersebut. Jika matanya masih terang dan jernih maka ikan tersebut masih segar. Ikan segar juga tidak memiliki bau yang kuat. Namun jika matanya berwarna gelap, kemungkinan besar ikan itu sudah lama disimpan beku.
Jika pada hari tersebut anda ingin memasak ikan yang baru dibeli, maka seeloknya masukkan ke dalam peti ais terlebih dahulu dan siapkan semua bahan. Setelah semua bahan siap disediakan baruu keluarkan ikan tadi. Tetapi jika anda ingin memasak ikan berkenaan pada hari esok atau lusa, maka jangan silap menyimpannya.
Pastinya ramai di antara kita yang masukkan ikan ke dalam peti ais begitu sahaja. Namun cara yang terbaik bagi memastikan ikan tersebut sentiasa segar adalah masukkan ikan ke dalam plastik berisi ais dan baru masukkan ke dalam peti.
Jika anda ingin makan ikan sungai atau ikan keli, pastikan anda membelinya dalam keadaan hidup. Ia bagi memastikan anda mendapatkan kesegaran maksimum dengan membelinya hidup-hidup.
Pastikan ikan yang dibasuh juga bersih sebersihnya-bersihnya. Mungkin anda boleh gunakan sabut kelapa untuk membersihkan sebarang lendir yang ada pada ikan. Jangan lupa juga bersihkan dengan limau nipis sebelum diolah agar bau dan rasa hanyir hilang.
Menggunakan terlalu banyak air hanya akan menyebabkan daging ikan hancur, terutamanya ikan salmon. Jadi sewaktu merebus pastikan airnya tidak terlalu banyak, cukup hanya pastikan ikan berkenaan terendam sahaja.
Bagi menghilangkan bau hancing ikan pari, anda boleh mengukusnya selama 10-15 minit sebelum mengolah atau memasaknya.
Ikan tongkol mempunyai histamin alami, ia mungkin menyebabkan alergi atau keracunan. Kandungan alami tersebut yang berasal dari mikroba dan enzim protease dari isi perut yang merembes dari dinding perut ke daging.
Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah, bersihkan dahulu ikan berkenaan sampai benar-benar bersih setelah itu baru masukkan ke dalam freezer.
Kredit : Umpan