Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Ibu Mengandung Tak Boleh Makan Durian Ke? Jom Baca Tips & Penjelasan Pakar

Ibu Mengandung Tak Boleh Makan Durian Ke? Jom Baca Tips & Penjelasan Pakar

Kategori:
ibu mengandung makan durian

Bagi ibu yang sedang mengandung antara aspek penting yang perlu dijaga adalah pemakanan. Para ibu perlu memastikan makanan yang dimakan bernutrisi agar kandungan membesar dengan baik dan sihat. Namun apa yang menjadi persoalan orang ramai ketika tiba musim durian adalah apakah ibu mengandung boleh makan durian?

Menurut pakar perubatan janin, Dr Patrick Chia. Ibu mengandung boleh makan durian tetapi dalam kuantiti yang terhad sahaja. Sekiranya ibu mengandung makan durian terlalu banyak, kemungkinan besar ibu mengandung boleh terdedah kepada beberapa risiko. Antaranya adalah paras gula dalam darah meningkat dan obesiti.

Namun bagi ibu mengandung yang menghidap diabetes sebaiknya elakkan makan durian. Bimbang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini kerana kandungan gula dalam durian ini cukup tinggi.

Apa khasiat durian untuk ibu mengandung?

Walaupun kandungan gula dalam durian tinggi namun ia juga membekalkan khasiat untuk ibu mengandung. Durian mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan ibu dan bayi. Antara khasiat tersebut adalah vitamin B, vitamin C dan mineral seperti zat besi, magnesium dan kalsium.

Mineral folat yang terkandung dalam durian juga sangat bagus untuk perkembangan otak dan tulang belakang bayi dalam kandungan. Manakala khasiat zat besi pula dikatakan dapat melindungi para ibu daripada anemia atau kekurangan sel darah merah.

Tips makan durian bagi ibu mengandung

Memandangkan ibu hamil hanya boleh makan durian dalam kuantiti yang terhad, sebaiknya rujuk tips yang dikongsikan oleh Nutritionist KKM di bawah ini.

tags: |