Pastinya ramai yang tertanya-tanya cara mudah nak kupas kulit telur setelah merebusnya. Mungkin ramai yang sudah cuba teknik menabur garam ketika merebus, namun masih juga sukar untuk mengupas kulitnya. Masalah ini sering berlaku dalam kalangan peniaga makanan.
Memandangkan peniaga makanan harus menyediakan hidangan yang terbaik untuk para pelanggannya, jadi mereka ini terpaksa melakukan apa cara sekali pun. Hati pelanggan senang, hati peniaga pun senang!
Berkenaan dengan kupas kulit telur ini, ada seorang Chef muda yang dikenali dengan nama Hafiz Fizzainal ada berkongsi cara atau tips merebus telur agar mudah untuk mengupas kulitnya.
Kepakarannya bukan calang-calang. Dia sendiri sudah berjaya mengupas sebanyak 1,500 biji telur hanya dalam masa 2 jam!
Jom kita ikuti tips mudah daripada chef untuk rebus telur dengan lebih mudah.
4 Tips Rebus Telur Yang Mudah
- Rebus telur dalam suhu didih 100C dan masukkan garam.
- Rebus telur dalam suhu didih 100C dan tuangkan sedikit minyak masak.
- Kalau dekat rumah ada stimmer ( boleh beli stimmer di sini), susun telur dalam bekas stim selama 21 minit. Suhu 100C.
- Sediakan periuk ( beli periuk murah di sini ), air dan tunggu sehingga mendidih kemudian selawat banyak-banyak. InshaAllah senang nak kupas.
Semoga bermanfaat!
Mungkin anda masih ada tips atau cara lain merebus telur agar mudah dikupas? Sekiranya ada, jangan lupa kongsikan dengan kami diruangan komen.
Kredit : Hafiz Fizzainal Via MAHTJN
Baca juga : Cara Buat Telur Rebus Air Asam ‘Viral’ Yang Super Lazat! Habis Licin Satu Mangkuk