Penggunaan dashcam pada kenderaan kini semakin meluas. Rata-rata kenderaan terbaru atau terkini pasti akan ada dashcam ini. Disebabkan adanya kelengkapan ini maka ramai warganet yang berkongsi pelbagai rakaman video yang boleh dikatakan agak menarik.
Terbaharu, tular satu rakaman video berkenaan dengan rider GrabFood yang mana aksinya sungguh menarik perhatian orang ramai. Aksi rider yang datang secara tiba-tiba mengambil selekoh sambil ‘corner baring’ boleh dikatakan seperti pelumba MotoGP.
Video yang berdurasi lebih kurang 10 saat itu membuatkan warganet terhibur dan ada juga yang meninggalkan komen yang lebih lucu dan menarik.
Kredit : Malaysian Modders