Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Ayam Yang Simple Tapi Padu Sangat, Kecur Liur Dibuatnya!

Resepi Nasi Ayam Yang Simple Tapi Padu Sangat, Kecur Liur Dibuatnya!

Kategori: ,,
resepi nasi ayam simple

Selain Nasi Tomato dan Nasi Jagung, Nasi Ayam juga antara menu yang sangat mudah disediakan. Rasanya juga sangat enak dan menyelerakan. Tambahan pula Nasi Ayam ini sesuai dimakan pada bila-bila masa, sama ada pada waktu pagi, waktu tengahari dan waktu malam.

Jadi bagi anda yang teringin makan Nasi Ayam buatan air tangan sendiri, mungkin anda boleh cuba resepi Nasi Ayam yang mudah yang dikongsikan oleh Ema Izumi ini.

Cara Masak Nasi Ayam Yang Simple

Bahan-bahan :

  • 2 cawan beras
  • 1 batang serai
  • Bawang besar | hiris
  • Bawang putih | hiris
  • Halia | potong bulat
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Marjerin
  • Garan
  • Kiub pati ayam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Kicap
  • Cili merah
  • Asam keping
  • Minyak bijan
  • Daun bawang
  • Sos cili
  • Sayur pak choy
  • Timun batang
  • Daun salad
  • Sos tiram
  • Bancuhan tepung jagung

Cara Penyediaan Nasi

  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Tumiskan serai, bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang sampai wangi dalam sedikit marjerin.
  3. Kemudian gaulkan bahan tumisan dengan beras dan masukkan sup ikut sukatan beras.
  4. Masukkan garam, pewarna dan kiub pati ayam secukupnya.
  5. Masak nasi macam biasa.

Cara Penyediaan Ayam

  1. Rebuskan ayam dengan halia dan bawang putih yang dihiris. Masukkan sekali kiub ayam.
  2. Apabila dah agak masak, angkat dan gaulkan bersama dengan kicap manis, sos tiram, madu, sos karamel, sedikit garam dan minyak bijan.
  3. Perapkan selama 30 minit kemudian tapis. Lebihan perapan jangan dibuang ya. Boleh dibuat kuah kicap nanti.
  4. Kemudian goreng ayam sekejap sahaja.

Cara Penyediaan Sup

  1. Masukkan kentang dan bebola ke dalam air lebihan rebusan ayam tadi.
  2. Kemudian tumis je halia hiris, bawang besar hiris, bawang putih hiris, kayu manis dan bunga lawang.
  3. Tumis wangi-wangi kemudian masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa.

Cara Penyediaan Kuah Kicap

  1. Tumbuk bawang putih dan cili padi. Gaulkan dengan baki kicap perapan ayam tadi.
  2. Kemudian masukkan daun bawang dan sedikit kuah sup.
  3. Kalau tak cukup kicap, boleh masukkan kicap sedikit.
  4. Akhir sekali, renjiskan minyak bijan dan panaskan sekejap.

Cara Penyediaan Kuah Cili

  1. Kisar cili merah dengan bawang putih dan asam keping.
  2. Kemudian panaskan dan masukkan gula, garam dan sos cili secukupnya.
  3. Akhir sekali masukkan sedikit cuka dan siap!

Cara Penyediaan Pak Choy

  1. Potong dua sayur pak choy, cuci dan rebus.
  2. Goreng bawang putih cincang.
  3. Bila dah sedikit garing, angkat bawang putih tu.
  4. Dalam kuali yang sama gaulkan sos tiram, kicap manis dan bancuhan tepung jagung.
  5. Masak sampai likat dan renjiskan sedikit minyak bijan.
  6. Apabila dah masak boleh tuangkan atas sayur pak choy tadi.
  7. Taburkan bawang putih dan boleh dimakan bersama keluarga!

Nampak menggiurkan tak Nasi Ayam ni? Mestilah menggiurkan. Walaupun simple namun apabila dimakan dengan sayur pak choy itu pasti menyelerakan. Confirm akan menambah nasi berkali-kali. Sampai tak ingat orang belakang!

Selamat mencuba!

Kredit : Ema Izumi Via MAHN

Baca juga : Cara Masak Nasi Ayam Hainan & Ayam Roasted Ala The Chicken Rice Shop

tags: |