Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Lelaki Ini Dedah Cara Buka Durian Semudah ABC, Hanya Guna Chopstick. Sekejap Je Dah Boleh Buka!

Lelaki Ini Dedah Cara Buka Durian Semudah ABC, Hanya Guna Chopstick. Sekejap Je Dah Boleh Buka!

Kategori: ,
cara mudah buka durian

Seperti yang kita semua ketahui sekarang ini adalah musim Durian. Kita juga dapat lihat pelbagai jenis Durian yang ada dan dijual di tepi jalan. Harganya juga bukan main lagi mahal. Walaupun Malaysia antara pengeluar Durian, namun harganya tetap mahal seolah-olah Durian tersebut diimport dari luar negara.

Namun walaupun mahal masih ada juga yang sanggup membelinya kerana tidak mahu lepaskan peluang untuk makan buah bermusim ini. Durian memiliki kulit yang agak tebal dan tajam namun rasanya memang agak luar biasa.

Bercakap soal Durian ini, ada seorang lelaki di aplikasi TikTok menunjukkan cara membuka buah Durian dengan begitu mudah sekali. Tidak perlu menggunakan pisau atau parang namun hanya menggunakan sebatang chopstick.

Cara mudah buka durian

Cara yang ditunjukkan oleh lelaki berkenaan memang teramat senang. Hanya cucuk chopstick di bahagian tengah buah Durian dan tarik mana-mana pangsa Durian.

@oteh972buka durian guna chop stick##viral ##esekeli ##durianfruit ##fy ##fyp ##fypシ ##makananviral♬ original sound – Oteh

Berikutan video yang dikongsikan oleh Oteh972 itu, ramai warganet yang teruja dan baru tahu cara mudah membuka buah durian. Malah ada juga yang sempat bergurau untuk mengajarkan cara mudah membuka buah rambutan pula.

Wah mudahnya…

Baru tahu semudah itu…

Terbaik bang…

Lepas ni yang perempuan pun boleh buka Durian ini. Mudah sangat kalau gunakan chopstick ni. Atau anda semua ada tahu cara yang lebih mudah lagi? Kalau tahu boleh kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Semoga bermanfaat!

Sumber : TikTok Oteh972

Baca juga: “Sekali Buka Memang Semerbak Baunya..”, Ini 3 Tips Untuk Hilangkan Bau Durian Pada Peti Sejuk!

tags: | | |