Tidak lama dahulu tular video mengenai kisah seorang kanak-kanak perempuan yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga adik beradiknya yang masih kecil setelah pemergian ibunya.
Video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Salwa Naidin di aplikasi TikTok itu memaparkan budak perempuan berkenaan yang sangat gembira setelah mendapat agihan pek daging Qurban.
Kanak-kanak yang tinggal di Sabah ini terus membuka pek daging itu untuk memanaskannya. Setelah selesai, dia lebih dahulu menyuapkan adik-adiknya dengan penuh kasih sayang.
Melihat situasi berkenaan memang sungguh mengharukan. Malah apa yang lebih menyedihkan lagi adalah apabila mereka baru sahaja kehilangan ibu yang mana meninggal dunia akibat keguguran.
Walaubagaimanapun, menurut Salwa mereka masih mempunyai ayah yang bekerja sebagai seorang nelayan dan mereka dijaga oleh ibu saudara. Perkongsian Salwa ini membuatkan warganet sedih dan terharu melihat pengorbanan seorang kakak yang menjaga adik-adiknya.
Biarpun masih muda namun kanak-kanak ini dilihat pandai menguruskan adik-adiknya dan apa yang lebih membanggakan lagi adalah apabila dia sentiasa tersenyum riang bagaikan tiada sebarang masalah.
@salwanaidin Alhamdulillah. Merasa juga mereka daging qurban. #qurban #aidiladha #fyp #fypage #malaysia
@salwanaidinAlhamdulillah. Merasa juga mereka daging qurban. ##qurban ##aidiladha ##fyp ##fypage ##malaysia♬ original sound – Salwa Naidin
Sumber : TikTok Salwa Naidin