Kuali atau periuk merupakan perkakasan dapur yang sangat jarang dibeli berkali-kali atau diborong dengan kadar yang banyak. Cukup beli satu atau dua biji sahaja. Digunakan secara bergilir-gilir. Namun apa yang menjadi masalah adalah apabila asyik menggunakan periuk atau kuali yang sama berbulan-bulan, kuali atau periuk ini sudah hilang ‘keseriannya’.
Sudah mula nampak tak berkilat dan di bahagian bawahnya sudah kelihatan kerak-kerak hitam yang banyak. Pasti ramai yang menghadapi masalah yang sebegini rupa.
Jadi bagi menyelesaikan masalah tersebut, jom kita ikuti perkongsian dari Tinie Razak ini. Cara yang ditunjukkan olehnya memang berhasil menjadikan periuk atau kuali kita kelihatan berkilat macam yang baru beli!
Baru selesai menggosok periuk belanga dengan 3 barang ni je. Memang selama ini, saya guna 3 barang ini untuk tonyoh periuk belanga saya. Semoga bermanfaat untuk semua.
Saya guna sabun Popinjay ini sebab dia cepat kembang (macam sabun kapak) bila terendam air. Kebanyakan sabun mandi yang lain, dia lambat sikit. So saya tekapkan kat sabun dan gosok. Sabun ni say beli di NSK. Tapi dekat kedai runcit atau Pasaraya ada je.
Ada yang komen cakap, kononnya saya jarang masak sebab tu periuk belanga bersih. Saya owner Tinie’s Kitchen. Seorang tukang masak dan kerja saya memang memasak.
Cumanya setiap 2 minggu sekali saya akan kumpulkan periuk belanga dan gosok sekali harung. So tak sempatlah nak berkerak tebal. Dan usia periuk belanga ni dah 5 tahun pun.
Mana yang berkerak tebal pula, sis semua boleh kikis dulu dengan pisau. Kemudian gosok dengan berus yang kasar kemudian yang halus pula. Nak seribu daya kan?
Tak semua steelwool berkesan. So kena pandai cari. Yang saya guna ni jenis yang bungkus besar. Lepastu nak guna kena tarik-tarik dulu.
Semoga post ini membantu ye!
Bagi anda yang nak bersihkan periuk atau kuali anda dekat dapur yang dah berkerak tu. Mungkin boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Tinie Razak ini. Selamat mencuba!
Kredit: Tinie Razak Via MAHN