Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Minta Bukti ‘Belum’ Divaksin, Restoran Ini Baru Benarkan Pelanggan Masuk

Minta Bukti ‘Belum’ Divaksin, Restoran Ini Baru Benarkan Pelanggan Masuk

Kategori:
restoran tak terima vaksin

Vaksin merupakan salah satu cara kita mencegah virus Covid-19 daripada merebak. Ia merupakan satu perkara penting yang patut dilakukan oleh semua warga dunia.

Sehinggakan rata-rata restoran atau perniagaan meminta pelanggan untuk menunjukkan kad vaksin sebelum masuk ke premis mereka.

Namun lain pula yang berlaku di sebuah restoran di Huntington Beach, California ini apabila pelanggan diminta untuk menunjukkan bukti tidak divaksin sebelum dibenarkan masuk ke restoran Basilico’s Pasta E vino itu.

Difahamkan, sebelum ini restoran berkenaan pernah mendapat perhatian orang ramai kerana anti dengan pemakaian pelitup muka. Manakala yang terbaharu pula berkenaan dengan notis berkaitan dengan vaksin.

Notis yang ditampal di tingkap restoran berkenaan itu tertulis. “Bukti bagi tidak divaksinasi diperlukan. Kami tidak mempunyai toleransi terhadap pengkhianat, anti-kebodohan rakyat Amerika. Terima kasih untuk renungan anda.”

Sebelum ini, mereka juga pernah berkongsi di laman Instagram bahawa mereka telah didenda sebanyak RM643,411 oleh Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan California pada 17 Jun yang lepas.

Sumber: Metro UK

tags: