Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Anai-Anai Bersarang Di Rumah? Ini Bahan Dapur Yang Boleh Anda Guna Untuk Menghalaunya!

Anai-Anai Bersarang Di Rumah? Ini Bahan Dapur Yang Boleh Anda Guna Untuk Menghalaunya!

Kategori: ,
cara halau anai-anai

Anai-anai merupakan serangga kecil yang sangat berbisa. Serangga ini boleh memusnahkan perabot, almari, lantai atau kabinet dengan sekelip mata. Kehadiran seranga bermulut tajam ini pastinya mengundang kerisauan pemilik kediaman.

Mana tidaknya, kos untuk menghapuskan anai-anai secara profesional bukannya murah. Mencecah ribuan ringgit tau!

Jadi untuk menjimatkan kos dan memastikan kediaman anda tidak musnah angkara anai-anai ini. Apa kata ikuti beberapa cara atau kaedah yang boleh anda guna bagi menghalau anai-anai dari rumah anda.

Cara tersebut amat mudah, hanya menggunakan bahan atau barangan dapur sahaja. Bahan yang perlu digunakan itu juga sangat mudah didapatkan. Malah harganya juga agak murah.

Cara halau anai-anai dari rumah

cara halau anai-anai

1. Air kapur sirih/kapur makan

Kapur ini bersifat panas. Ia merupakan antara bahan yang tidak disukai oleh anai-anai kerana anai-anai ini mempunyai kulit yang tipis dan lembut. Menggunakan air kapur sirih ini merupakan cara yang agak berkesan untuk membasminya. Caranya adalah siram air kapur pada tempat sarang anai-anai tersebut.

2. Air basuhan beras

Air basuhan beras juga boleh menghalau keluar anai-anai. Cara ini amat mudah, hanya semburkan air basuhan beras pada sekeliling tempat yang dihuni oleh anai-anai.

3. Garam dapur

Hanya dengan menabur sejumlah garam di kawasan sarang anai-anai, serangga ini pasti akan melarikan diri. Kerana garam juga bersifat panas. Nak lebih berkesan lagi, anda boleh campurkan garam dengan air rendaman tembakau. Kemudian sembur sahaja pada lubang-lubang yang dihuni oleh anai-anai.

Selain menggunakan 3 bahan dapur di atas untuk menghalau anai-anai. Anda juga boleh menggunakan minyak tanah, tembakau dan racun serangga perosak. Dan jika anda perasan perabot anda didiami anai-anai, cepat-cepat jemur perabot berkenaan di bawah sinaran matahari .

Semoga bermanfaat!

Sumber: myinfoberita.blogspot

Baca juga: Cara Mudah Dan Jimat Untuk Musnahkan Serangga Perosak Pada Tanaman, Guna ‘Bahan’ Ini Sahaja

 

tags: |