Pastinya setiap rumah memilik Air Fryer ini kan. Memasak menggunakan Air Fryer ini memang mudah. Makanan yang dimasak juga menjadi lebih sedap apabila menggunakan Air Fryer ini. Walaupun begitu, ia akan meninggalkan kesan minyak, sisa makanan serta kotoran sekiranya kita tidak membersihkannya dengan betul.
Pastinya ramai yang tercari-cari cara atau tips yang menghapuskan kesan minyak dan kotoran degil yang melekat pada Air Fryer. Cara yang ditunjukkan di bawah ini adalah sangat mudah. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur sahaja.
Anda boleh membersihkan bahagian dalam Air Fryer dengan menggunakan campuran air dan cuka. Cara-caranya adalah campurkan 1 cawan air dan 1/2 cawan cuka. Kemudian masukkan campuran tersebut ke dalam botol penyembur dan semburlah di kawasan yang memerlukan pembersihan.
Anda juga boleh mencampurkan sebahagian cuka dan air lalu rendam bakul air fryer lebih kurang 10 hingga 15 minit.
Selain daripada membersihkan Air Fryer, soda juga dapat menghapuskan bau yang tidak menyenangkan. Cara-caranya adalah campur baking soda dan air untuk menghasilkan pes. Kemudian gunakan berus yang bulu lembut. Gosok pada bahagian dalam Air Fryer.
Perhatian! Jangan sesekali menggunakan objek tajam atau besi untuk membuang sisa makanan yang melekat kerana ia boleh merosakkan lapisan non-stick pada air fryer.
Rendam bakul Air Fryer dalam campuran sabun dan air panas. Biarkan selama 20 hingga 30 minit minit. Kemudian anda sudah boleh membuang lapisan gris yang sudah cair dengan menggunakan berus bulu lembut. Jika cara tersebut masih tidak berkesan, anda juga boleh menggunakan lemon, soda bikarbonat dan cuka.
Cara untuk bersihkan coil Air Fryer ini juga sangat mudah. Keluarkan bakul dan pan Air Fryer. Letakkan Air Fryer dalam keadaan terbalik supaya ia mudah untuk anda mencapai bahagian pemanas. Kemudian bersihkan bahagian dalam peralatan menggunakan spam lembut dan air panas.
Buang sisa makanan yang melekat pada bahagian pemanas menggunakan berus dengan bulu lembut. Sekiranya anda menggunakan kain untuk lap coil, pastikan ia diperah sehingga tiada titisan air. Ini untuk mengelakkan kerosakan pada bahagian pemanas.
Namun ingat, jangan sesekali menggunakan objek tajam, berus dengan bulur kasar atau berus besi kerana ia boleh merosakkan lapisan permukaan panas. Kemudian letakkannya kembali dalam keadaan yang tegak, pasang suis dan biarkan seketika selama beberapa minit.
Jadi anda semua dah tahu kan cara nak bersihkan kotoran minyak atau sisa makanan dalam Air Fryer? Kalau dah tahu jom kita bersihkan Air Fryer yang ada sekarang. Pastinya lebih selamat dan sihat untuk kita makan makanan yang dimasak menggunakan Air Fryer berkenaan.
Baca juga: Guna ‘1 Bahan’ Ini Je Cuci Kerak Wiring Rack Air Fryer, Tak Perlu Dah Sental Kuat-Kuat