Kebiasaannya apabila seseorang sedang berada dalam keadaan terdesak, mereka akan menjadi lebih kreatif. Menggunakan apa cara sekalipun, agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan sebaik mungkin.
Seperti mana yang terjadi kepada seorang lelaki ini. Dia terpaksa meminta bantuan secara atas talian menggunakan aplikasi Setel Petronas untuk menghantar air mineral kepadanya.
Lelaki berkenaan terpaksa berbuat demikian setelah menyedari tandas yang digunakannya itu mengalami masalah air. Hal tersebut baru disedari olehnya setelah dia selesai membuang hajat di salah sebuah stesen minyak Petronas.
Bila kau dah tak tahan sangat nak membuang, sampai terpaksa singgah Petronas. Pastu lepas dah selesai membuang baru perasan toilet tak ada air 😭😭😭 Mujurlaa dia ada apps Setel weh 😂🤣 pic.twitter.com/Q2MinplFHZ
— Bulan Ditutup Awan 🌕 (@IniAlannn) August 5, 2021
Cepat sikit
Menerusi paparan screenshoot, tindakan lelaki yang menghubungi khidmat pelanggan aplikasi berkenaan dilayan dengan baik dan diambil tindakan serta merta oleh petugas di talian berkenaan.
Pastinya situasi berkenaan membuatkan ramai warganet berasa geli hati. Malah ada juga yang menasihatkan agar membawa telefon bersama ketika memasuki tandas dan pastikan membuka pili air terlebih dahulu sebelum menggunakan tandas.
Kredit: Bulan Ditutup Awan