Garlic Chili Oil memang sangat sedap jika dimakan bersama-sama dengan bubur, sup ayam atau pun masakan berkuah yang lain. Memang nikmat sungguh terasa. Memang banyak sekarang yang dijual di pasaran, namun rasanya agak berbeza. Kadang kala tak puas hati bila makan.
Jadi apa kata kita buat sendiri je. Ikut resepi atau cara yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli ini. Cara ini memang mudah sangat. Guna tiga bahan je, tapi terbaik rasa dia.
Cara Buat Garlic Chili Oil Yang Mudah & Cepat!
Bahan-bahan:
- Chili flakes – beli di sini
- 4 sekawan
- 7 ulas bawang putih | dicincang halus
- Minyak masak/minyak sayuran.
Cara Penyediaan:
- Masukkan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil ya. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.
- Masukkan dahulu 4 sekawan.
- Kemudian masukkan bawang putih. Gaul dan masak.
- Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan ya sebab kita tak nak garlic kita rasa pahit.
- Masukkan chili flakes dan 2 cubit garam halus untuk rasa sedikit masin. Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.
- Siap. Apabila suam, simpan dalam bekas.
Mudah sahaja kan nak sediakan Garlic Chili Oil ini. Sekali buat je, kemudian boleh simpan lama. Menurut Zurina Zulkefli, dulu dia pernah berniaga Garlic Chili Oil ini. Makin lama, makin banyak permintaan sampai dia tak larat nak buat. Oleh sebab itulah dia kongsi resepi ini. Jom buat sekarang!
Selamat mencuba!
Kredit: Zurina Zulkefli Via MAHN
Baca juga: Baru Je Post Dah Di Share Beribu Orang, Ini Dia Resepi Garlic Butter Prawn Yang Paling Simple Dan Sedap!