Pastinya ramai yang sudah mengenali Amir Raja Lawak ini. Amir berumur 32 tahun, berasa gembira dan bangga apabila perniagaan Air Jagung Amirreka yang diusahakannya sejak empat tahun yang lalu kini berjaya membantu ramai orang menjana pendapatan.
Pada awal perniagaannya pada tahun 2017 yang lalu, dia tidak menjangkakan bahawa perniagaannya itu dapat memberi manfaat kepada orang lain. Menurut Amir, kini dia berhasil membantu orang ramai jana pendapatan.
Malah dia juga dapat membantu menjana pendapatan kawannya yang merupakan pekerja dalam industri dengan menjual air jagung ini. Memandangkan waktu sekarang keadaan tidak mengizinkan untuk melakukan sebarang penggambaran.
Apabila ditanya oleh Harian Metro baru-baru ini, pertanyaan mengenai tentang impian memperluaskan perniagaan dengan membuka kafe. Amir berkata keinginan sebegitu tetap ada namun banyak sudut yang harus difikirkan olehnya. Antaranya bayaran sewa kedai dan gaji pekerja.
Lebih-lebih lagi waktu pandemik sekarang ini memang tidak menentu. Bila-bila masa sahaja akan berlaku kerugian. Malah kini banyak kedai yang terpaksa ditutup kerana tidak dapat menanggung kos yang semakin tinggi. Dalam masa yang sama, Amir juga berasa simpati dengan nasib peniaga yang terpaksa gulung tikar.
Menurut Amir, dia kini bersyukur kerana perniagaanya kini sudah mempunyai agen dan stokis di beberapa negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur. Pahang, Kedah dan Terengganu. Selain menjual air jagung dan keladi kini dia juga turut menjual air epal dan tembikai susu.
Baca juga: Amir Raja Lawak Kini Berniaga Air Jagung, Ramai Yang Kata Sedap!