Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Nadir Dedah Siti Sarah Pernah Korban Lembu Premium Berharga Lebih RM13K Yang Boleh Dimakan 1500 Orang

Nadir Dedah Siti Sarah Pernah Korban Lembu Premium Berharga Lebih RM13K Yang Boleh Dimakan 1500 Orang

Kategori:
siti sarah korban di palasten

Hari ini kita dikejutkan dengan pemergian seorang selebriti tanah air dan isteri kepada pelawak terkenal, Siti Sarah. Allahyarhamah pergi menghadap Ilahi pada jam 5.13 pagi tadi selepas beberapa hari bertarung nyawa dengan virus Covid-19.

Siapakah Siti Sarah ini? Sehinggakan ramai yang mendoakan dan mengambil berat tentang Allayarhamah ini. Pasti ada kebaikan yang dibuat sehinggakan ramai yang tertunggu-tunggu tentang keadaan semasanya sebelum ini.

Malah aktivis, Nadir Al-Nuri juga turut berkongsi kebaikan arwah yang sempat mengambil bahagian dalam program korban Gaza sewaktu AidilAdha yang lepas.

Seolah mengejar memberatkan timbangan amal..

Tersentap kejap bila baca berita daripada @shuibsepahtu tentang pemergian @sitisarahraissuddin

Saya baru dihubungi Siti Sarah sebelum raya haji lepas untuk beliau ikuti program korban di Gaza kami.

Masa tu saya terkejut bila beliau maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja, seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.

 

Selepas itu beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara kita di Palestin.

Rupanya Allah takdirkan, nyawa beliau diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka malah telah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini.

Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada’ akhirat di bumi berkat.

Semoga engkau tenang di sana, al-fatihah.

Semoga Siti Sarah tenang di sana dan dikurniakan tempat yang terindah. Salam takziah diucapkan kepada Shuib dan keluarga besar Siti Sarah. Semoga mereka semua kuat dan meredhai pemergian arwah.

Sumber: Nadir Al-Nuri

tags: |