Buasir merupakan kejadian dimana salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Apabila ia menjadi radang dan bengkak ia akan membawa masalah. Terdapat dua jenis buasir, buasir dalaman dan buasir luaran.
Buasir dalaman ini merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Manakala buasir luaran pula berlaku apabila salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. Pastinya ramai rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit buasir ini.
Kebanyakan daripada penghidap buasir pasti sudah mencuba pelbagai cara untuk melegakan atau menyembuhkan penyakit buasir ini kan. Memang perit apabila menghidap buasir ini. Jadi mungkin kali ini boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Ummi Syuhada ini pula.
Menurutnya, ulaman yang dikenali dengan nama veld grape ini mampu menyembuhkan penyakit buasirnya. Hanya potong sedikit dan makan dengan nasi. Selepas 2 kali makan, Alhamdullillah buasirnya sudah sembuh. Ususnya juga terasa makin sihat.
Nasi berulam herba buasir. Nama englishveld grape. Masa terlantar sakit buasir baru-baru ni, kawan suami bagi. Dia suruh potong sikit dan buang kulit bucu-bucu tepi. Makan dengan nasi.
Mulanya tak yakin, sebab saya dah lama dengan penyakit buasir. Tapi saya buat apa yang disarankan. Dah 2 kali makan, selang seminggu.
Macam tak percaya buasir saya sembuh dan usus rasa makin sihat. Penghidap buasir je paham condition usus sendiri macam mana.
Nama pokok ni, kawan saya tak bagi pun tahu. Tapi saya guna khidmat google lens, keluar nama veld grape. Dekat youtube banyak resepi dan info kesihatan tentang veld grape.
Saya sekadar berkongsi pengalaman sendiri, mungkin ada orang lain yang tengah ikhtiar rawat buasir secara tradisional.
Siapa tahu nama pokok ini dalam bahasa Melayu? Moga bermanfaat kepada orang lain.
Semoga perkongsian daripada Ummi Syuhada ini dapat membantu ramai orang yang menghidap penyakit buasir. Kongsikan petua atau penawar buasir ini kepada kaum keluarga atau kenalan anda. Semoga ianya dapat membantu mengurangkan kesakitan. Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk dapatkan nasihat doktor ya.
Kredit: Ummi Syuhada Via MAHN