Terung merupakan sayuran yang berbentuk bujur dan mempunyai warna ungu gelap. Walaupun ia bukanlah satu tumbuhan yang popular namun terung ini merupakan antara sayuran yang sering menjadi pilihan dalam masakan Melayu.
Terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan terung ini. Antaranya adalah ia kaya dengan antioksidan. Kandungan antioksidan ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Sayuran ini juga kaya dengan serat dan ia boleh mengurangkan kadar gula dalam darah.
Berkenaan dengan terung ini, hari ini heboh di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni apabila ada seorang ahli group berkongsi rupa bentuk terung yang ditanam olehnya di tepi rumah.
Menurut Idayu Mohd Salleh, dia berasa hairan kenapa terung berkenaan berbentuk pelik. Seolah-olah mempunyai hidung, namun hidungnya panjang. Gurau Idayu, dia mengesyaki terung berkenaan suka bercakap bohong.
Ini bukan masak apa x jadi…Ni belum masak lagi…jadi ke xjadi nak masak sok ni…Terung tanam tepi rumah….Konpius plak kenapa hidung dia jadi panjang gini…Aku syak dia suka cakap bohonglah
Sumber: Idayu Mohd Salleh Via MATJHN
Baca juga: Ubi Keledek Pelbagai Bentuk Ini Buat Netizen Geli Hati, Yang Bentuk Itik Tu Memang ‘Rare’ Sekali!