Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Biskut Viral Yang Sedap Dan Cair Di Mulut, Paling Mudah Cuma Guna 3 Bahan Dan Air Fryer Sahaja!

Resepi Biskut Viral Yang Sedap Dan Cair Di Mulut, Paling Mudah Cuma Guna 3 Bahan Dan Air Fryer Sahaja!

Kategori: ,
thumnail biskut yang sedap 01

Anda suka makan dan teringin nak buat biskut sendiri? Tapi tak tahu macam mana nak hasilkan biskut yang sedap, cepat, murah, dan mudah. Paling penting ianya pasti akan menjadi pilihan utama seisi keluarga anda kerana rasanya yang sedap dan cair di mulut.

Tunggu apa lagi? Jom ketahui lebih lanjut resepi yang dikongsi oleh Najwa Ahmad tentang cara-cara membuat biskut viral yang sedap dan cair di mulut ini.

Resepi Biskut Viral Yang Sedap Dan Cair Di Mulut 

Biskut yang sedap dan cair dalam mulut. Prefer buat bulat-bulat sebesar duit 10 sen sebab lagi sedap kalau dimakan kecil-kecil dan crunchy sangat.

Bahan-bahan:

  • 100gm Butter
  • 4 sudu Susu Pekat (tak nak manis sangat kurangkan)
  • 250gm Tepung Jagung

Cara-cara:

  1. Cairkan butter dan sejukkan selama 2 minit.
  2. Masukkan susu pekat dalam butter dan kacau.
  3. Masukkan tepung jagung.
  4. Uli pakai senduk atau tangan dan bahagikan kepada 2 doh (kalau nak buat warna-warna)
  5. Campur kedua-dua doh dan gentel sebesar 10 sen.
  6. Tekan dengan garpu (bagi ada corak)yang sedap 3
  7. Bakar dalam Air Fryer (Suhu 150, masa 15 minit)yang sedap 1
  8. Siap!yang sedap 6

Senangkan resepi biskut viral yang sedap dan cair dimulut ni? Hanya guna 3 bahan dan yang paling penting tak perlu ada oven, guna air fryer sahaja. Mudah, murah, cepat dan sedap! Boleh juga dijadikan aktiviti bersama keluarga tersayang. Jadi yang mana belum pernah cuba resepi ringkas yang viral ini boleh cuba sekarang.

Selamat Mencuba!

Kredit: Diedit Resepi Oleh Najwa Ahmad

Baca juga: Resepi Mudah Biskut Swiss Tart Hazel Nutella

tags: | | | | |