Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sotong Masak Hitam Arwah Siti Sarah Yang Mudah & Menggiurkan, Sekali Rasa Pasti Jatuh Cinta!

Resepi Sotong Masak Hitam Arwah Siti Sarah Yang Mudah & Menggiurkan, Sekali Rasa Pasti Jatuh Cinta!

Kategori: ,
resepi sotong masak hitam siti sarah

Sotong Masak Hitam ini pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dahulu kerana ada yang mengatakan dakwat sotong haram dimakan. Namun hal tersebut sudah dijelaskan oleh Mufti dan ianya halal dimakan. Pastinya untuk menyediakan Sotong Masak Hitam ini ada caranya yang tersendiri.

Lain orang, lain caranya. Bagi anda yang baru pertama kali nak mencuba Sotong Masak Hitam ini mungkin boleh rujuk resepi yang pernah dikongsikan oleh arwah Siti Sarah ini.

Cara Buat Sotong Masak Hitam

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Sedikit minyak masak
  • Bawang besar
  • Serai
  • Halia
  • Cili hijau
  • Dakwat sotong

Cara Penyediaan:

  1. Tumiskan bawang merah, serai, halia dan lada sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan sotong yang sudah dibasuh bersih.
  3. Kacau sekejap dan masukkan dakwat sotong.
  4. Kacau sebati dan biarkan seketika.
  5. Kemudian masukkan serbuk kunyit.
  6. Kacau lagi dan masukkan cili hijau.
  7. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Akhir sekali masukkan asam jawa. Sedikit sahaja. Kalau tak nak masukkan pun tak mengapa.
  9. Kacau sebati dan siap untuk dihidangkan.Sotong Masak Hitam Sotong Masak Hitam

Mudah je kan nak buat Sotong Masak Hitam ini? Main campak je dah siap. Sangatlah mudah. Rasa dia memang sangat power. Jadi kalau anda yang belum pernah mencuba menu ini lagi, jom kita cuba sekarang!

Selamat Mencuba!

Kredit: Siti Sarah

Baca juga: Cara Masak Kangkung Goreng Belacan Rencah Sotong, Sedap Sangat Di Makan Bersama Nasi Putih

tags: | |